Rendang Udang Goreng

bahan-bahan :

  • 12 ekor udang sederhana 
  • sedikit serbuk kunyit
  • tepung goreng serbaguna secukupnya
  • 200 ml santan 
  • 1 helai daun kunyit (diracik)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1-2 sudu makan cili giling (boleh juga guna cili padi)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka/gula pasir secukupnya
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
cara-cara :
  1. Udang dibersihkan. Kemudian gaul-gaulkan bersama kunyit,  tepung goreng serbaguna dan sedikit air. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gorenglah udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. 
  2. Kemudian tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis lagi sampai pecah minyak. 
  3. Masukkan santan dan bahan-bahan selebihnya. Kacau sebati. 
  4. Apabila kuahnya kelihatan hampir kering, bolehlah ditutupkan api.
  5. Kemudian tuangkan kuahnya ke atas udang goreng tadi. Boleh juga digaul-gaulkan bersama. 
  6. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak atau apa-apa sahaja jenis nasi. Sangat sedap!

Kek Kukus Lapis Coklat




bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan  nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
  • 1 sk baking powder
  • 250 g mentega
  • 5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
  • 80 g gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 150 g coklat Cadbury / Milk Roundies
  • 1 sk esen vanilla
  • pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah

Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan. 
  4. Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati. 
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah. Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
  6. Tuangkan lapisan merah terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Kemudian, susunkan dengan coklat Cadbury tetapi JANGAN DITEKAN. Setelah itu, tuangkan adunan hijau perlahan-lahan di atasnya. Ratakan. Kemudian dikukus selama 7 minit. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus hingga 15-20 minit lagi. (kek ini cepat masak dan tidak perlu dikukus terlalu lama)
  7. Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong supaya lapisannya tidak comot. 


cerita lawak pendek

::Pernikahan dan Pengkebumian::

Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?

Biasanya,
makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri
saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, “Kamu yang berikutnyakan?” kata
mereka.

Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!

Tapi
kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang sama pada
mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung.



══════════════════════════════════════════════════


::3 Remaja Bermasalah::

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang
dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si
Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti
kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok
imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon
daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas
iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak
khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil
tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam
pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram.
"Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram &
memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan
berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin.
Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok
imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan
jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat
si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

══════════════════════════════════════════════════

::TERKANGKANG::
Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar
A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata
" Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal
hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?"
Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

══════════════════════════════════════════════════

::memandu::

Salman sedang memandu di selekoh yg berliku2. tiba-tiba, pemandu kereta dari arah bertentangan menjerit kpd Salman,

" berukkk....!!! "


Geram punya pasal, Salman pun balas balik,

"monyettt....",

pada pemandu tadi.

Tak sampai 5 minit kemudian, kereta Salman pun merempuh seekor beruk yg besar.

Oooo... org tadi beri amaran rupanya.....

══════════════════════════════════════════════════

::Bahasa Inggeris::

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.